SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB 4x4.zoomkedah.com

 

 

Pihak kami menyediakan program dan aktiviti serta penganjuran yang berorentasikan kembara.

 

Pihak kami mengalu-alukan mana-mana syarikat, agensi kerajaan dan swasta, sekolah, kumpulan atau mana-mana pertubuhan yang ingin mengadakan program berorentasikan "outdoor" yang mencabar menghubungi kami untuk keterangan lanjut mengenai jadual dan maklumat.


Negeri Kedah Darul Aman memang terkenal dengan tempat – tempat berkelah serta keindahan air terjun yang jarang terdapat di negeri – negeri lain yang berkonsepkan Eco-Tourism.

 

Gunung Jerai, Air Terjun Sri Perigi, Batu Hampar, Hutan Lipur Bukit Hijau, Bukit Wang serta Peranginan Titi Hayun antara limpahan kurniaan alam semesta lokasi popular kunjungan, bahkan penduduk dari Pulau Pinang, Utara Perak dan seluruh Malaysia pernah menjejak kaki ke kawasan ini.

 

Disamping hebat dengan kawasan perkelahan, Malaysia kini mengorak langkah dengan penganjuran sukan dan rekreasi yang bertaraf dunia seperti acara Langkawi Iron Man Challenge, Mild Seven Out Door, Rainforest Challenge, Kedah Challenge 4x4 dan sebagainya yang mengfokuskan kawasan perkelahan dan rekreasi sebagai pusat pelancongan dunia.

 

Ini semuanya akan meletakkan negara Malaysia di peta dunia dalam memajukan sektor pelancongan serta pertumbuhan ekonomi dan sebagai salahsatu destinasi pelancongan alam semulajadi yang ideal untuk dikunjungi.

 

Pihak kami menjalinkan kerjasama yang rapat bersama pihak kerajaan serta swasta bagi membantu dalam menggerakkan serta pembangunan produk- produk pelancongan dan sukan rekreasi ke peringkat nasional hingga bertaraf antarabangsa.

 

Dengan wujud jalinan yang kukuh ini, diharapkan dapat memperkenalkan gaya hidup sihat serta meningkatkan pembangunan ekonomi penduduk sesuatu kawasan, perkembangan pusat  rekreasi dan yang lebih penting peningkatan sektor pelancongan berkonsepkan “ ECO TOURISM ” sebagai salahsatu destinasi pusat sukan rekreasi bertaraf dunia.