SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB
offroad.zoomkedah.com

 

 

Pihak kami menyediakan program dan aktiviti serta penganjuran yang berorentasikan kembara.

 

Pihak kami mengalu-alukan mana-mana syarikat, agensi kerajaan dan swasta, sekolah, kumpulan atau mana-mana pertubuhan yang ingin mengadakan program berorentasikan "outdoor" yang mencabar menghubungi kami untuk keterangan lanjut mengenai jadual dan maklumat.

  • 1 Explorasi
    Meredah hutan dengan 4x4...
  • 2 Exsplorasi
    Hutan? Tiada masalah...
  • 3 Explorasi
    Konvoi beramai-ramai...
  • 4 Explorasi
    Bantu-membantu...
  • 5 Explorasi
    Redah apa saja...


Negeri Kedah Darul Aman memang terkenal dengan tempat – tempat berkelah serta keindahan air terjun yang jarang terdapat di negeri – negeri lain yang berkonsepkan Eco-Tourism.

 

Gunung Jerai, Air Terjun Sri Perigi, Batu Hampar, Hutan Lipur Bukit Hijau, Bukit Wang serta Peranginan Titi Hayun antara limpahan kurniaan alam semesta lokasi popular kunjungan, bahkan penduduk dari Pulau Pinang, Utara Perak dan seluruh Malaysia pernah menjejak kaki ke kawasan ini.

 

Disamping hebat dengan kawasan perkelahan, Malaysia kini mengorak langkah dengan penganjuran sukan dan rekreasi yang bertaraf dunia seperti acara Langkawi Iron Man Challenge, Mild Seven Out Door, Rainforest Challenge, Kedah Challenge 4x4 dan sebagainya yang mengfokuskan kawasan perkelahan dan rekreasi sebagai pusat pelancongan dunia.

 

Ini semuanya akan meletakkan negara Malaysia di peta dunia dalam memajukan sektor pelancongan serta pertumbuhan ekonomi dan sebagai salahsatu destinasi pelancongan alam semulajadi yang ideal untuk dikunjungi.

 

Pihak kami menjalinkan kerjasama yang rapat bersama pihak kerajaan serta swasta bagi membantu dalam menggerakkan serta pembangunan produk- produk pelancongan dan sukan rekreasi ke peringkat nasional hingga bertaraf antarabangsa.

 

Dengan wujud jalinan yang kukuh ini, diharapkan dapat memperkenalkan gaya hidup sihat serta meningkatkan pembangunan ekonomi penduduk sesuatu kawasan, perkembangan pusat  rekreasi dan yang lebih penting peningkatan sektor pelancongan berkonsepkan “ ECO TOURISM ” sebagai salahsatu destinasi pusat sukan rekreasi bertaraf dunia.

 

 

INFO

 

Aktiviti dikawasan Ulu Muda Wildlife Park – Tasik Muda.  


TASIK MUDA & WILD LIFE PARK – perkelahan / camping

 

Merupakan taman habitat hidupan liar yang indah dan belum terusik meliputi spesis mamalia 109 jenis, 174 burung, 54 reptilia, 42 amfibia serta 33 spesisi ikan air tawar.

 

Dengan dibantu jurumudi berpengalaman penjelajahan ini lebih tertumpu kepada aspek pendidikan dan cabaran lasak semasa menyusuri Tasik Ulu Muda serta rangkaian anak sungai dan jeram seperti Sungai Teliang, Sg. Debu, Sg.Nyeh, Sg. Labua, Sg. Tebuh dan Sg. Kawi.


Terdapat juga sebuah gua iaitu Gua Labu serta Sira Air Panas ( Hot Spring ). Para pelancong dapat menikmati pengalaman menaiki sampan Melayu Tradisional ( Ekor Biawak ) yang merupakan kaedah pengangkutan utama dikawasan ini.

 

Peserta dapat menikmati pengalaman perkelahan ( camping ), penjelajahan gua, aktiviti penjelajahan hutan “ Jungle trekking ”, aktiviti memancing & menjala ikan, memerhati burung & hidupan liar, merasai kehangatan air sira panas ( Hot Spring ) yang merupakan tempat perlindungan binatang buas. Merupakan tempat pengeluaran batu kelikir yang berharga suatu masa dulu.